Australian Choreographer Invites Collaborators

Want to explore the process of creating cross-cultural dance? Australian choreographer Annalouise Paul is looking for collaborators for her residency at Rimbun Dahan in August 2019!
Ingin mengkaji proses mencipta tarian bersilang budaya? Ahli koreografer Annalouise Paul dari Australia memohon para kolaborator menyertai residensinya di Rimbun Dahan, pada bulan Ogos 2019. Turun ke versi BM –>

Annalouise Paul Residency at Rimbun Dahan

Dates: 15-30 August 2019

Australian dancer-choreographer Annalouise Paul is looking for local dancer artists to collaborate on a cross-cultural dance exchange at Rimbun Dahan, Malaysia.

Callout for Collaborators

WHO: Dancers and choreographers who have a traditional or indigenous dance background (in any culture) are invited to apply. If you are interested in contemporary performance, making new work and challenging traditional concepts or have some experience with contemporary dance that is useful, but not essential.

WHAT: Annalouise Paul will teach excerpts from her existing works and guide artists to explore and develop new choreographic material working from their traditional dances and share her creative practice. Together we will hone a process that uses traditional dances, rhythms and concepts in structured improvisations, and if time permits develop a short choreography that can be shared in a studio showing at the end of the residency.

WHY: Sharing dialogue is key to this exchange. Feeding back on how processes can be pushed further and develop processes for making new works. And as a group, discuss contemporary and traditional dance vocabularies, cultural identity, race, languages, migration and diasporic lineages as artist-makers.

THINGS TO KNOW:

  • Conversations in the studio will be in English, but we will try to accommodate those with minimal English, wherever possible.
  • Video, photographic and written documentation by Annalouise is essential, but this will not be shared publicly, and used only for Annalouise’s artistic archives and grant reports.
  • Consent forms will be provided.
  • Artists are custodians of their traditional practices at all times and decide what cultural material is offered in the exploratory process and for group discussion.
  • Musicians are welcome in this choreographic lab.

YOUR COMMITMENT:

  • Collaborators will be invited to spend 4-5 days per week for 2 weeks, between [date] and [date] working as a group with Annalouise in the studio at Rimbun Dahan.
  • Schedules for working days will be arranged in consultation with the collaborators so that a small group can work together consistently over the period to have maximum benefit for everyone involved.
  • Times will be between 10-5pm TBC, and this will be confirmed once the collaborators are confirmed.
  • Once accepted, continuity is compulsory for the entire group. If you cannot commit for the full period please state this at the start with your best dates and times available.

FEE: There is no fee offered, however, a daily stipend will be offered to cover transport and lunch meals.

CONTACT: If you’re interested please arrange a time to speak with Annalouise Paul. Contact her directly on Whatsapp +61 408664199 or email annalouisempaul@gmail.com with your available dates and times and for more information about the project.

MORE ABOUT ANNALOUISE PAUL

Annalouise Paul has been working in the field of intercultural dance in Australia and internationally for over thirty years. More recently she has developed choreographic tools to push dance hybridity. There is no established ‘method’ for creating cross-cultural movement or for practitioners to model from, so there has been slow but constant emergence of process and vocabulary, evolving out of a pool of processes for various works. ‘Hidden Rhythms’ is one process that employs traditional rhythms for shifting the dynamic of dance movement. ‘Dance DNA’ is the most recent method Annalouise has been investigating largely through workshops internationally and in Australia. She has held cross cultural workshops in Singapore, France, India, Melbourne and Sydney supported by World Dance Alliance, Create NSW and Critical Path.

Annalouise’s residency at Rimbun Dahan in 2019 is an Asialink Arts Creative Exchange.

 

Residensi oleh Annalouise Paul di Rimbun Dahan

Tarikh: 15-30 hb Ogos 2019

Annalouise Paul, seorang penari dan koreografer dari Australia, menjemput artis tari tempatan dari Malaysia untuk menyertai proses kolaborasi dalam sebuah projek pertukaran budaya tari bertempat di Rimbun Dahan.

Jemputan Kepada Kolaborator

SIAPA: Penari atau koreografer yang mempunyai latarbelakang tari tradisi ataupun tarian Orang Asal (daripada budaya mana-mana pun) dijemput membuat permohonan untuk menyertai projek ini. Kami juga menggalakkan permohonan anda jikalau anda pernah terlibat di dalam persembahan jenis kontemporari, terlibat di dalam proses mencipta karya baru yang mencabar konsep-konsep tradisi, ataupun mempunyai sebarang pengalaman di dalam tarian kontemporari.

APA: Annalouise Paul akan mengajar beberapa petikan daripada karya tarinya, dan akan memberi panduan kepada peserta-peserta untuk meneroka dan mengembangkan bahan koreografi yang baru, dengan menggunakan tarian tradisi mereka. Annalouise juga akan kongsi amalan kreatifnya sendiri. Peserta-peserta bersama-sama dengan Annalouise akan menetapkan sebuah proses yang menggunakan pergerakan, rentak dan konsep-konsep daripada tarian tradisi di dalam improvisasi-improvisasi yang berstruktur. Terpulang kepada masa, peserta-peserta juga akan mencipta sebuah koreografi pendek yang akan dipersembahkan kepada orang ramai semasa sebuah pertunjukan di dalam studio pada hujung residensi.

MENGAPA: Berkongsi melalui dialog merupakan kunci proses pertukaran ini. Proses ini juga melibatkan tindakan maklumbalas bagaimana ia boleh diperluaskan dan digunakan untuk mencipta karya yang baru. Sebagai sebuah kumpulan penggiat-penggiat seni, kami akan membincangkan vokabulari tari, identiti budaya, bangsa, bahasa, migrasi dan penyebaran warisan.

HARAP MAKLUM:

  • Perbincangan di dalam studio akan dijalankan di dalam Bahasa Inggeris, tetapi kami akan cuba menampung sesiapa yang kurang fasih di dalam Bahasa Inggeris.
  • Annalouise sering menggunakan sistem dokumentasi proses itu melalui video dan foto serta penulisan, tetapi bahan-bahan tersebut tidak akan dipamerkan secara terbuka, dan hanya digunakan di dalam arkib seni Annalouise serta laporan dana.
  • Borang persetujuan akan disediakan.
  • Peserta-peserta merupakan penjaga budaya tradisi mereka sendiri semasa proses ini. Mereka bertanggungjawab untuk menetapkan sumber tradisi yang boleh atau tidak boleh digunakan semasa proses penerokaan artistik dan perbincangan secara berkumpulan ini.
  • Pemain muzik juga digalakkan menyertai projek ini.

KOMITMENT ANDA:

  • Peserta-peserta dijemput untuk berada di studio di Rimbun Dahan selama 4-5 hari setiap minggu selama dua minggu, di antara tarikh [ ] dan [ ], bekerja berkumpulan bersama-sama dengan Annalouise.
  • Jadual waktu bagi setiap hari di dalam studio akan diatur setelah perundingan dengan peserta-peserta. Kami inginkan sebuah kumpulan kecil yang boleh bekerja bersama-sama dengan cara yang konsisten semasa jangka masa tersebut, untuk memberi faedah yang maksimum kepada semua yang terlibat.
  • Masa di dalam studio adalah lebih kurang di antara pukul 10 pagi dan 5 petang, tetapi waktu sebenarnya akan ditetapkan nanti, setelah peserta-peserta dipilih.
  • Setelah peserta-peserta yang terpilih mengesahkan penyertaan mereka, kehadiran adalah wajib. Jikalau anda tidak dapat memberi komitment yang sepenuhnya, sila mengemukakan jadual waktu anda semasa proses permohonan.

BAYARAN: Tiada bayaran yang ditawarkan, kecuali penghargaan sebanyak RM35 sehari yang akan diberi untuk membantu menanggung kos pengangkutan dan makanan.

HUBUNGI KAMI: Untuk membuat permohonan untuk menyertai projek ini, sila Whatsapp +61 408664199 atau emel annalouisempaul@gmail.com dengan jadual waktu anda yang boleh lapangkan untuk projek ini. Annalouise akan menetapkan masa untuk berbincang dengan lebih lanjut bersama anda secara individu.

MAKLUMAT MENGENAI ANNALOUISE PAUL

Annalouise Paul mempunyai sejenis siasatan koreografi yang timbul daripada kekurangan metodologi yang wujud untuk mencipta pergerakan silang budaya (cross-cultural). Amalan Annalouise berdasarkan proses yang perlahan tetapi berterusan untuk mencipta vokabulari pergerakan. Prosesnya termasuk ‘Hidden Rhythms’ yang menggunakan irama tradisi untuk mengalihkan dinamik pergerakan tarian, dan ‘Dance DNA’ yang menggunakan pergerakan tradisional dengan pendekatan somatik. Beliau telah membangunkan proses-proses ini di Singapura, Perancis, India, Melbourne dan Sydney, disokong oleh institusi-institusi seperti World Dance Alliance, Create NSW dan Critical Path.

Residensi Annalouise di Rimbun Dahan pada tahun 2019 merupakan sebuah Asialink Arts Creative Exchange.