Youth Dance Workshops by Elaine Pedley

Youth Dance Workshops by Elaine Pedley

Elaine2_medDiajar oleh Elaine Pedley

Bengkel dan persembahan akan diadakan di Bilik Tari, Rimbun Dahan, Km 27 Jalan Kuang, Kuang, Selangor 48050.

Tarikh bengkel:

  • Ahad 1hb Ogos, 10 pagi – 12 tengah hari
  • Sabut 7 Ogos, 10 pagi – 2.30 petang (makan tengah hari akan dihidangkan)

Tarikh persembahan kepada orang ramai:

  • Sabtu 7 Ogos, kira-kira 5.45 petang
  • Ahad 8 Ogos, kira-kira 5.45 petang

Syarat-syarat:

  • Untuk peserta lelaki atau perempuan berumur 11-16 tahun sahaja, dari kawasan Sungai Buloh/Kuang
  • Peserta diminta hadir untuk kedua-dua sesi bengkel dan kedua-dua persembahan
  • Bengkel ini tidak memerlukan kebolehan tari atau pengalaman menari, hanya keminatan.
  • Peserta-peserta diminta memakai pakaian sukan dan membawa botol air sendiri.

Semasa bengkel ini, Elaine Pedley akan memperkenalkan beberapa kaedah untuk mencipta tarian moden sekumpulan. Selepas tamatnya bengkel ini, peserta-peserta akan mempersembahkan tarian yang telah direka kepada orang ramai, sebagai sebuah acara untuk pesta tari Dancing in Place yang akan dijalankan di Rimbun Dahan pada hari Sabtu & Ahad 7 & 8 Ogos.

Untuk sebarang pertanyaan tolong hubungi Bilqis Hijjas, Pengarah Program Tari di Rimbun Dahan: 017 310 3769 atau bhijjas@gmail.com

Elaine Pedley telah bekerja di dalam bidang tari dan lakonan selama dua puluh tahun, di dalam persembahan teater sepertiFamily (di Berlin Arts Festival 1999 di Jerman), Manchester United and the Malay Warrior (di Manchester, semasa Pesta Budaya Sukan Komanwel 2002), Spring in Kuala Lumpur (sebuah kolaborasi bersama kumpulan teater Jepun Pappa Tarahumara), Spilt Gravy on Rice (yang telah memenangi Lakonan Terbaik dalam Anugerah Seni BOH Cameronian) danBunga Manggar Bunga Raya yang telah direka oleh Datin Marion D’Cruz.

Elaine pernah juga bekerja di dalam industri filem, dengan lakonan untuk filem, televisyen, siri VCD, serta bekerja sebagai pelakon dan ahli koreografi untuk iklan siaran televisyen. Beliau telah bekerja sebagai ahli koreografi dan perunding persembahan untuk beberapa peraduan fitness seperti Miss Malaysia Fitness 2004, Miss Asia Pacific Woman Fitness 2004 championships, International Fitness Women’s Championships 2005 dan Fitkid International Championships 2007.

Pengalaman teaternya telah membawa Elaine ke Paris, Cannes, Noumea, Beijing, Shanghai, Berlin, Manchester, Bangalore, Singapore dan Bali. Beliau telah juga dilantik sebagai calon untuk beberapa anugerah di dalam Anugerah Seni BOH Cameronian, termasuk Pelakon Terbaik (2007 & 2009) dan Persembahan Kumpulan Terbaik di dalam bidang teater dan tari (2008 & 2010), dan beliau telah berjaya menang anugerah Kumpulan Tari Terbaik pada tahun 2002.