
Rimbun Dahan welcomes visits/trips/excursions from secondary/high school and tertiary/university students who are interested in exploring the following topics:
- Heritage Malaysian architecture — view the Rumah Uda Manap from Perak and the Rumah Penang from Georgetown
- Modern Malaysian architecture — explore the main buildings at Rimbun Dahan designed by Hijjas Kasturi
- Native Southeast Asian gardens and horticulture — walk in our 14-acre indigenous garden, and be introduced to plants with medicinal, edible, fragrant and other human interest in our decorative Taman Sari
- Rewilding and botany of rainforest trees — learn about how we collect seeds from our mature seeds and propagate them in our nursery, see how native Dipterocarp trees can grow in 30 years
- Contemporary art in practice — meet our resident artists on site, discuss their practice and visit their studios
- Southeast Asian contemporary visual arts — tour our underground gallery with its selection of visual art works from our Permanent Collection
Guided visits for students from public Malaysian schools and universities are provided free of charge. Guided visits for students from international-type schools in Malaysia, students from schools outside Malaysia and private universities attract a per-visit fee of RM500. Student visit groups should not be less than 10 students or more than 45 students.
Guided visits usually last 1.5 to 3 hours, depending on the topics of interest and the activities planned. We do not provide meals or refreshments; visitors should bring their own water bottles and mosquito repellent, and should dress in long pants and long sleeves if possible to keep off mosquitoes, and wear sensible shoes for walking in the garden. There are local restaurants available nearby for lunch. If schools wish to cater their lunch, we can provide an informal dining area; all transportation of lunch and cleanup afterwards should be done by the school team.
Parking for buses is available on site.
If you are interested to arrange a school trip to Rimbun Dahan, please email arts@rimbundahan.org no less than 2 weeks before your proposed date of visit.
Lawatan Pelajar
Rimbun Dahan mengalu-alukan lawatan pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi/universiti yang berminat untuk meneroka topik-topik berikut:
- Seni bina warisan Malaysia — kunjungi Rumah Uda Manap dari Perak dan Rumah Penang dari Georgetown
- Seni bina Malaysia moden — terokai bangunan-bangunan utama di Rimbun Dahan yang direka oleh Hijjas Kasturi
- Taman dan hortikultur asli Asia Tenggara — makan angin di taman asli kami yang seluas 14 ekar, dan belajar tentang tumbuhan-tumbuhan yang mempunyai kepentingan kepada manusia sebagai perubatan tradisi, boleh dimakan, wangi dan sebagainya di Taman Sari
- Penanaman hutan semula dan botani pokok hutan hujan tropika — pelajari cara mengumpul benih daripada pokok matang dan mengunjungi tapak semaian; lihatlah bagaimana pokok hutan jenis Dipterocarp boleh tumbuh dalam masa 30 tahun
- Seni kontemporari dalam amalan — temui artis residen di dalam studio mereka dan bincangkan proses karya mereka
- Seni visual kontemporari Asia Tenggara — lawat galeri bawah tanah yang mempersembahkan pilihan karya seni visual daripada Koleksi Tetap di Rimbun Dahan
Lawatan berpandu untuk pelajar dari sekolah dan universiti awam Malaysia disediakan secara percuma. Lawatan berpandu untuk pelajar dari sekolah jenis antarabangsa di Malaysia, pelajar dari sekolah luar Malaysia atau universiti swasta termasuk bayaran sebanyak RM500 bagi setiap lawatan. Kumpulan lawatan pelajar hendaklah tidak kurang daripada 10 pelajar atau lebih daripada 45 pelajar.
Lawatan berpandu biasanya berlangsung selama 1.5 hingga 3 jam, bergantung kepada topik-topik yang diminati dan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kami tidak menyediakan makanan atau minuman; pelawat hendaklah membawa botol air sendiri dan ubat nyamuk, dan digalakkan memakai seluar panjang dan lengan panjang untuk mengelakkan nyamuk, serta memakai kasut yang sesuai untuk berjalan di taman. Terdapat beberapa restoran tempatan berdekatan untuk makan tengah hari. Jika sebuah sekolah ingin menyediakan makanan tengah hari bagi pelajar-pelajar mereka, kami boleh menyediakan ruang makan tidak formal; semua pengangkutan makanan tengah hari dan pembersihan selepas makan perlu dilakukan oleh pasukan sekolah.
Tempat letak bas disediakan di Rimbun Dahan.