English Version
Rimbun Dahan provides an opportunity for recent university graduates looking for work experience or university students seeking to complete their course requirements to undertake internships/industrial training at Rimbun Dahan.
We look forward to welcoming energetic and interested young people to explore our world of arts, architecture, environment and heritage. We accept applications from interns for minimum 3-week internship.
We welcome students from the following disciplines:
- Visual arts, performing arts, arts management, cultural studies, art history
- Landscape design, horticulture, permaculture
- Botany, environmental sciences, conservation, ecology
- Heritage studies, textile studies, library studies, art conservation, museum studies
- Literature, film-making, media
Potential interns should be:
- Able to relocate to live at Rimbun Dahan for the duration of their internship, or able to commute independently to Rimbun Dahan every day.
- Willing to work on a range of different tasks outside their own disciplinary scope (i.e. dance students may help planting trees, architecture students may help cataloguing exhibition programs).
- Not afraid of dogs.
Rimbun Dahan will provide:
- Self-contained accommodation on site, including kitchen facilities and washing machine, and paid utilities (electricity, water). Please note: accommodation is fan cooled, not airconditioned.
- Mentorship and supervision to undertake tasks related to the daily running and/or occasional projects at Rimbun Dahan.
- Time and advice to support a personal project during the internship.
- Access to artist lounge (WiFi equipped), library, garden, and swimming pool during off hours.
We do not provide:
- Salary or stipend. A cash honorarium may be awarded on a case-by-case basis only.
- Transport allowance for daily commuting. If the intern is sent on a special trip as part of their tasks, they may claim compensation for petrol etc.
- Food or meals. Interns are expected to buy their own food and groceries, and cook for themselves.
If you are interested in an internship at Rimbun Dahan:
Step 1. Please research on this website the range of different roles that Rimbun Dahan occupies, and the different projects and activities we run.
Step 2. Send an email to arts@rimbundahan.org with your formal request for an internship, your CV, and dates of your proposed internship, not less than 2 weeks before the date that your internship will start. You are encouraged to attach the contact details of two professional referees (teachers or supervisors) who can provide more information about the applicant.
If you have more questions, please email arts@rimbundahan.org.
Latihan Industri di Rimbun Dahan
Versi BM
Rimbun Dahan memberi peluang kepada graduan universiti yang ingin mencari pengalaman pekerjaan, ataupun pelajar universiti yang ingin lengkapkan keperluan kursus mereka, untuk menjalankan latihan industri di Rimbun Dahan.
Kami menjemput kaum remaja yang bertenaga dan berminat untuk meneroka dunia seni, reka bina, taman flora asli dan warisan budaya di Rimbun Dahan. Kami sudi menerima permohonan untuk latihan industri bertempoh selama sekurang-kurangnya 3 minggu.
Kami menjemput pelajar dari disiplin berikut:
- Seni rupa, seni persembahan, pengurusan seni, kajian budaya, sejarah seni
- Reka bentuk lanskap, hortikultur, permakultur
- Botani, ilmu alam sekitar, pemuliharaan alam sekitar, ekologi
- Kajian warisan, kajian tekstil, kajian perpustakaan, pemuliharaan seni, kajian muzium
- Sastera, filem, media
Seorang pelajar yang minat menjalankan latihan industri di Rimbun Dahan harus:
- Mampu berpindah ke Rimbun Dahan sepanjang tempoh latihan industri, atau dapat berulang-alik sendiri ke Rimbun Dahan dari rumah setiap hari.
- Sudi bekerja dalam pelbagai tugasan di luar skop disiplin sendiri (misalnya, seorang pelajar tarian membantu menanam pokok, seorang pelajar seni bina membantu dengan katalog program pameran, dll).
- Tidak takut pada anjing.
Bagi setiap pelajar yang menjalankan latihan industri, Rimbun Dahan akan menyediakan:
- Penginapan serba lengkap di Rimbun Dahan, termasuk kemudahan dapur dan mesin basuh kain, dan kemudahan elektrik dan air. Harap maklum: tempat penginapan dilengkapi dengan kipas angin saja, tiada penyaman udara.
- Akses internet (di pejabat Rimbun Dahan sahaja, bukan di tempat penginapan).
- Pembantuan mentor dan penyeliaan untuk menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan kerja seharian ataupun projek khas di Rimbun Dahan.
- Masa dan nasihat untuk menyokong sebuah projek peribadi semasa latihan industri.
- Akses ke ruang istirahat seniman (dilengkapi dengan WiFi), perpustakaan, taman, dan kolam renang pada masa lapang.
Rimbun Dahan tidak menyediakan:
- Gaji atau elaun. Honorarium tunai hanya diberi berdasarkan kes istimewa sahaja, dan tidak terjamin.
- Elaun pengangkutan untuk perjalanan harian. Sekiranya pelajar membuat perjalanan khas sebagai tugasan kerja di Rimbun Dahan, mereka boleh menuntut bayaran untuk petrol dll.
- Makanan. Pelajar harus membeli makanan sendiri, dan masak untuk diri sendiri.
Sekiranya anda berminat untuk berlatihan industri di Rimbun Dahan:
Langkah 1. Sila baca laman web Rimbun Dahan untuk mendapat tahu tentang kepelbagaian projek dan aktiviti yang dijalankan di sini.
Langkah 2. Hantar e-mel ke arts@rimbundahan.org dengan permintaan rasmi untuk latihan industri, bersama dengan CV anda dan tarikh latihan industri yang dicadangkan, tidak kurang daripada 2 minggu sebelum tarikh latihan industri tersebut akan bermula. Para pemohon digalakkan melampirkan butiran hubungan bagi dua orang penyokong (referi, seperti guru atau penyelia) yang boleh memberi pendapat tentang pemohon.
Sila hubungi arts@rimbundahan.org dengan segala pertanyaan.